Pages

Sunday, June 26, 2011

SUATU KETIKA DAHULU DI KAMPUNG HALAMAN~

Tersebut al-kisah di sebyah kampung bernama Kg.Tok Langit..
Pelbagai kenangan yang tercoret & berlaku..


Ingat tak dulu
sapa yg tebang pokok kelapa n pisang uwan
untuk buat khemah dalam hutan

ingat tak dulu
sapa yg selalu curi parang
untuk menebang buluh
dibuat bedil berpeluru cenerai

ingat tak dulu
siapa yg tuang air dlm tangki motor
tak cukup itu
sembelih pula anak2 ayamnya

ingat tak dulu
di sungai belakang
tangan meraba lumpur mencari kijing
mengail ikan berumpan cacing
yang berlari kedepan keblkng hingga bergegar lantai rumah
adalah kita di suatu masa

ingat tak dulu..
kalau mungkin mengulang waktu
teringat aku pada wan yg telah uzur
tetapi masih gagah menasihati & menegur kami
senadainya ada tersalah
sedih, sayu dan pilu
di saat wan pergi meninggalkan kami

~Al-Fatihah buat wan tersayang~


note drp cousin
Office: lunch time~
Damansara Jaya

Wednesday, June 22, 2011

rasa bertuhan..
lagu ni dialunkan oleh kumpulan nasyid Mawaddah..mungkin ada manfaat yg boleh diambil dr susun atur liriknya


kalau manusia mengenali tuhannya
hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
tak sempat mengingati perkara yg lain
hati dan jiwanya semata-mata terpaku
dengan tuhannya..

jika manusia mengenali kehebatan
keagungan tuhannya kecutlah perutnya
kalau manusia sentiasa sedar
pendengaran penglihatan dan pengetahuannya

tuhan tidak pernah lekang dr manusia
nescaya manusia tawadhu' merendah diri
di bumi tuhannya..

jika manusia rasa bertuhan
hidup di hatinya matilah angan-angan
takut pun dtg menerpa di hatinya
manusia akan sibuk dgn dirinya
tak sempat memikirkan diri org lain
takut dan bimbang..tak sempat mengumpat

kalau tuhan sentiasa di hati
perasaan bertuhan mencengkam di hati
mengenang pula nikmat-nikmat tuhan yg banyak
bertambah perasaan cinta dan takut

cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
takut kalau nikmat ditarik semula
kalau terbuat dosa akan diazabnya..

begitulah kalau seseorang hamba
mengenali tuhannya
hatinya sgt sibuk dgn tuhannya
dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
sekalipun dunia di tangannya..





office time~
damansara jaya~

Sunday, June 5, 2011

~Study vs Alam Kerja~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah setelah sekian lama..dapat juga sy update blog yg dah bersawang nih...di kesempatan nih..tiba-tiba berminat nak buat tajuk tentang ni..Al-maklumlah, sedang menjalani alam pekerjaan skrg..kos yg sy ambik mewajibkan kami membuat praktikal pda thn 2 dan thn 3...memang best lah..now, sedang menjalankan praktikal berkenaan Mal..Alhamdulillah bnyak yg dipelajari waktu praktikal nih..but, i think..study adalah waktu yg amat bermakna & bahagia...so, amat rugi bagi mereka yang mensia-siakan waktu belajar..coz, waktu inilah kita masih lagi mempunyai masa merujuk lecturer, membuat discussion & belajar untuk organise apa2 program..waktu ini jugalah training utk kita berhadapan dgn masyarakat luar...so, di kesempatan ini sy nak mengajak diri sy dan shbat2 yg tersinggah ke blog ini utk kte sama2 gunakan peluang & ruang yg disediakan Allah seluas-luasnya buat kita..

Sebagaimana Hadis Rasulullah,kejarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara :

1- Sihat sebelum sakit
2- Muda sebelum tua
3- Kaya sebelum Miskin
4-Lapang sebelum sempit
5-Hidup sebelum mati





Di samping itu, jangan lupa bahawa tugas kita sebagai seorang Hamba Allah da Khalifah di atas muka bumi Allah ini..sebagaimana Allah telah berfirman dalam surah Az-zariyat ayat: 56 yang bermaksud :

" Tidak Aku jadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepadaKU"

Selain itu, sahabat2..kita juga telah berjanji dengan Allah S.W.T pada setiap kali waktu solat untuk mengabdikan diri hanya untuk Allah, Yang mana dalam setiap bacaan Iftitah kita menyebut bahawa:

"Sesungguhnya solatku, kehidupanku,hidupku dan matiku hanya untuk Allah"

Jom kita muhasabah..sesungguhnya setiap yg dilakukan akan menjadi ibadah sekiranya kita berniat dan lakukanny asemua kerana Allah...Sama ada menuntut ilmu dan bekerja jika betul diniatkan kerana Allah..Insya Allah kan menjadi ibadah...

Sedikit untuk sy ceritakan pengalaman bekerja di pejabat dlm 2 minggu..banyak mengajarku..erti syukur,  yang tabah, yakin,rindu,persahabatan dan sabar yang paling penting...Pelbagai Ragam dan Gaya yang kujumpa..tapi semua ini adalah pengalaman dan aku percaya semua ini akan membuatkanku lebih matang dan cepat belajar sesuatu yang baru..

Pengalaman yang banyak mengajarku erti hidup~~benarlah pesan orang-orang tua
~~PENGALAMAN adalah GURU TERBAIK ~~

Husna Sa'adan
Damansara jaya
Office Time