Pages

Wednesday, January 19, 2011

Buatmu Permata Hatiku



BUAT PERMATA HATIKU YANG BAKAL MELIHAT DUNIA:

Wahai Permata Hatiku,
Saat pertama kali ibu dan ayah mendapat khabar gembira,
Iaitu berita bahawa kamulah yang bakal melihat dunia dan bukti kasih & sayang kami,
Selepas saat itu jualah, ibu semakin bermotivasi untuk meneruskan hidup di dunia
Manakala ayahmu lah, yang paling tidak sabar menanti kelahiranmu
Hampir saban hari ibu dinasihatkan ayah untuk tidak meninggalkan amalan-amalan yang baik ketika mengandung..
Seusai solat, ibu amalkan membaca surah Lokman, kerna ibu harapkan anak yang bakal lahir nanti  kebijaksanaannya persis Lokman Al-Hakim,
ibu juga amalkan bacaan surah Yusof..mudah-mudahan kamu yang bakal dilahirkan sekacak dan sihat tubuh badan persis nabi Yusof.
 Selain itu, ibu amalkan juga ayat-ayat yang membolehkan ibu mudah  untuk melahirkanmu..Hampir saban hari juga, ibu tidak tinggal untuk memakan kismis dan kurma..
Namun ketahuilah permata hatiku,
Selepas saat itu, semakin hari semakin ibu merasakan kamu membesar dalam kandungan ibu..
Namun, hanya Allah yang tahu bagaimana rasa beratnya perut ibu mebawamu permata hatiku,
Andai beban ini boleh dipikul oleh ibu dan ayah..mahu sahaja ibu menyerahkannya pada ayahmu..Boleh ibu katakan seumpama setiap bulan telah diikat satu batu bata di perut ibu..sehinggalah 9 bulan..Bayangkanlah permata hatiku..
Namun, demi permata hatiku..
ibu sanggup hadapi semuanya kerna ibu tahu anak yang bakal lahir ini adalah anak yang bakal menggegarkan dunia dan berguna untuk agama dan Negara..begitu juga, telah banyak yang ibu dengar tentang keistimewaan seorang ibu mengandung dan sehingga dia bersalin..
Ketahuilah ..bahawa saat ketika kamu telah cukup 9 bulan 10 hari..tibalah saat yang kami tunggu-tunggu..

Kamu bakal melihat dunia permata hatiku..
Namun ketahuilah dunia ini banyak dugaannya,kau harus menjadi insane yang tabah dan menjadikan iman sebagai perisai diri permata hatiku..
Kerna dunia kini telah berubah..ibu harap kau akan menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan ibu saat ibu telah pergi nanti..
Jadikanlah ilmu sebagai penguat dan senjata buatmu nanti..hanya itulah bekalan dan harta yang bernilai buatmu permata hatiku..
Ibu tidak punya harta hanya iman dan ilmulah sebagai pedoman buatmu untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat sana.
Di saat itu, ibu hanya berserah pada Allah yang Maha Penyayang untuk menyelamatkanmu..Hanya itu yang ibu harapkan..Kerna apa permata hatiku..
Kerna, saat melahirkanmu adalah persis menghadapi kematian..saat itu hanya kekuatan dari Allah yang ibu dambakan..dan seluruhnya keselamatanmu dan ibu hanya diserahkan di tangan Allah..
Saat ibu cemas dan bertarung nyawa melahirkanmu..Ayah ada di sisi ibu untuk memberikan dorongan..hanya doa sahaja yang mampu diucapkan saat itu..Antara hidup dan mati  wahai permata hatiku..
Namun bukan derita ini yang ingi ibu khabarkan, akan tetapi ingatlah wahai permata hatiku..ianya adalah nikmat yang telah diberikan Allah buatmu, ibu dan ayah..
sesungguhnya syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi..kamu yang dinanti-nanti telah selamat dilahirkan dan tiba-tiba titisan mutiara jatuh ke pipi ibu.. rupanya inilah anak yang telah dikandung ibu selama 9 bulan yang lalu..
setelah kamu dilahirkan dan dibersihkan.. ayahmu terus mencapaimu untuk didengarkan ayat azan..
Ingat permata hatiku, perkara pertama yang diajar dan diperdengarkan kepadamu adalah ayat-ayat Zikrullah iaitu azan..
Semoga kau nanti menjadi pembela Agama..
Penulis menulis sajak @ puisi yang ditulis untuk subjek pendidikan keibubapaan
tertarik dengan subjek ni dan berminat ingin berkongsi..
Renung-renungkanlah..
Lokasi:  Rumahku Syurgaku
~Pahang~

No comments:

Post a Comment